Wasiat

Info Mengenai Wasiat

 

PENGERTIAN WASIAT

Wasiat ialah suatu hasrat atau keinginan yang dizahirkan secara lisan atau bertulis oleh seseorang mengenai hartanya untuk diuruskan selepas berlaku kematiannya. Tetapi wasiat yang dibuat secara lisan adalah terdedah kepada fitnah akibat arahan yang tidak jelas dan boleh dipertikaikan di kalangan ahli waris.

DALIL WASIAT

Wasiat adalah dibenarkan di dalam Islam. Wasiat disyariatkan melalui dalil Al-Quran, Sunnah Nabi s.a.w., amalan sahabat dan ijma’ ulama’.

Dalam Al-Quran, ALLAH berfirman: (Pembahagian itu) ialah sesudah diselesaikan wasiat oleh simati dan sesudah dibayarkan hutangnya. – Surah An-Nisa’: 11

Dalam Sunnah, Rasulullah s.a.w. bersabda:
Seseorang Muslim yang mempunyai sesuatu yang boleh diwasiatkan tidak sepatutnya tidur dua malam berturut-turut melainkan dia menulis wasiat disisinya.
– Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

 

Hadis ini menyebut kalimah ‘tidak sepatutnya’ menunjukkan bahawa langkah persediaan perlu diambil oleh setiap seorang Muslim dengan menulis wasiatnya kerana dia tidak mengetahui bila ajalnya akan tiba. Kemungkinan kelalaiannya akan mengakibatkan segala hajatnya tergendala dan tidak terlaksana.

Rasulullah s.a.w. turut bersabda:
Orang yang malang ialah orang yang tidak sempat berwasiat.
– Hadis riwayat Ibnu Majah

Sabda Rasulullah s.a.w. lagi:
Sesiapa yang meninggal dunia dengan meninggalkan wasiat maka dia mati di atas jalan Islam dan mengikut sunnah. Dia mati dalam keadaan bertaqwa, bersyahadah dan dalam keadaan diampunkan.
– Hadis riwayat Ibnu Majah

 

CIRI-CIRI WASIAT ISLAM

Terdapat beberapa ciri dan prinsip wasiat Islam yang perlu dipatuhi:

1. Harta yang hendak diwasiatkan mestilah tidak lebih daripada sepertiga (1/3) daripada harta pusaka bersih kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris.

2. Penerimanya hendaklah bukan waris iaitu mereka yang tiada hak faraid ke atas pusaka simati kecuali mendapat persetujuan daripada ahli-ahli waris yang lain.

3.  Jika penerima wasiat meninggal dunia semasa hayat pewasiat, maka wasiat tersebut adalah terbatal.

4. Jika penerima wasiat meninggal dunia selepas menerima wasiat dan selepas kematian pewasiat, maka haknya boleh diwarisi oleh waris penerima.

5. Selepas kematian pewasiat, perlu ditolak dahulu kos perbelanjaan pengkebumian dan pembayaran hutang simati.

6. Wasiat boleh ditarikbalik pada bila-bila masa kerana ia hanya berkuatkuasa selepas kematian pewasiat dan wasiat tersebut perlulah dibuat secara sukarela.

SIAPA PERLU BERWASIAT?

Semua individu yang berhasrat supaya hartanya dapat diagih dengan betul dan cepat, haruslah membuat dokumen wasiat, namun ianya amat wajar dilakukan oleh:

    • Mereka yang bimbang harta pusaka mereka ‘terbeku’ atau tidak dapat diuruskan dengan licin dan tidak menepati syariat
    • Mereka yang memiliki harta
    • Mereka yang mempunyai hutang (kepada ALLAH atau manusia) yang belum dijelaskan
    • Lelaki yang berpoligami
    • Ibu dan bapa tunggal
    • Mereka yang mempunyai anak angkat/anak tiri
    • Mereka yang mempunyai anak di bawah umur 18 tahun
    • Mereka yang menjalankan perniagaan
    • Mereka yang ingin membuat amal jariah melalui wasiat

APAKAH HARTA / TANGGUNGAN YANG MEMERLUKAN DOKUMEN WASIAT?

    • Rumah, Tanah, Kereta
    • Akaun Bank (akaun simpanan dan semasa)
    • Takaful, Insuran, KWSP, Tabung Haji, Akaun Saham Amanah
    • Saham syarikat persendirian dan tersenarai
    • Hutang-hutang agama (zakat, haji, nazar, fidyah, kifarah) yang belum ditunaikan
    • Hutang-hutang sesama manusia yang belum ditunaikan

APAKAH MASALAH & RISIKO TANPA WASIAT?

Pembekuan Harta

Kini sebanyak 1 juta kes harta pusaka dianggar bernilai RM38 bilion tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan akibat tiada perancangan harta dilakukan semasa hidup.

Tempoh Pengagihan Pusaka Yang Lama

Terdapat kes harta pusaka yang mengambil masa sehingga 5 tahun, 10 tahun, 20 tahun atau 50 tahun untuk diselesaikan

Pentadbir Yang Tidak Amanah

Tanpa perlantikan Wasi yang berkredibiliti seperti ARB, harta pusaka akan terdedah kepada risiko ditadbir oleh pentadbir yang tidak amanah

Harta Sepencarian

Tuntutan harta sepencarian perlu dikemukakan di Mahkamah Syariah dan mengambil masa yang lama, malah mungkin tidak mendapat sepertimana yang diharapkan

Hutang Tidak Berbayar

Hutang yang ditanggung oleh si mati tidak dapat dibayar disebabkan pentadbir yang tidak amanah, atau harta yang ada tidak mencukupi untuk menanggung hutang, atau pentadbir/waris-waris tidak mengetahui hutang-piutang si mati, terutamanya hutang-hutang yang tidak bertulis.

Pertelingkahan Keluarga

Pertelingkahan dan perbalahan di kalangan ahli waris mudah berlaku sehingga menjejaskan hubungan silaturrahim sesama
mereka.

PERBANDINGAN MEMILIKI WASIAT & TANPA WASIAT

Kematian Memiliki
Wasiat

Kematian Tanpa
Wasiat

1.

Mereka yang bukan waris seperti anak angkat, anak tiri, keluarga mualaf yang masih belum memeluk Islam, dan mereka yang selama ini bergantung kepada anda boleh diperuntukkan wasiat untuk mereka.

Mengikut hukum Islam, mereka yang tergolong dalam kumpulan ini tidak mempunyai hak di bawah hukum faraid. Mereka mungkin akan mengalami kesukaran tanpa sokongan anda lagi selepas ketiadaan anda.

2.

Anda mempunyai hak untuk melantik wasi/pentadbir pusaka pilihan anda sendiri yang anda yakini untuk mentadbir pusaka anda & melaksanakan pelbagai hasrat anda, serta menjamin hak & kepentingan orang-orang kesayangan anda.

Mahkamah dan undang-undang akan menentukan untuk anda. Kemungkinan tidak sepertimana pilihan anda.

3.

Tidak akan berlaku perselisihan atau ketidakpuasan hati di kalangan keluarga mengenai pemilihan pentadbir kerana ia adalah atas pilihan anda sendiri.

Kemungkinan akan berlaku konflik keluarga terhadap perlantikan pentadbir pusaka yang mengakibatkan perbalahan dan tidak mendapat kerjasama yang baik di kalangan ahli keluarga.

4.

Anda boleh melantik penjaga bagi anak-anak anda di bawah umur mengikut pilihan anda supaya mereka dapat memastikan sokongan, kesihatan dan pendidikan anak-anak anda terjamin.

Mahkamah dan undang-undang akan menentukan untuk anda. Kemungkinan tidak sepertimana pilihan anda.

5.

Tidak memerlukan penjamin untuk mendapatkan ‘Grant of Probate’ (Surat Kuasa Mentadbir Pusaka).

Dua penjamin diperlukan bagi mendapatkan ‘Letter of Administration’. Setiap penjamin tersebut mestilah mempunyai aset menyamai nilai harta kasar simati. Ini tentunya akan menyulitkan dan melambatkan lagi proses pentadbiran pusaka.

6.

Kos guaman untuk memohon ‘Grant of Probet” lebih murah.

Kos guaman untuk mendapatkan ‘Letter of Administration’ (LA) lebih mahal.

7.

Dengan adanya wasiat, keseluruhan proses penyelesaian pusaka mengambil tempoh masa yang singkat hanya dalam beberapa bulan.

Proses pentadbiran pusaka akan mengambil masa yang lebih lama, mungkin bertahun-tahun. Kemungkinan aset akan mengalami kemerosotan nilai ketika LA diperolehi.

8.

Orang-orang kesayangan anda terlindung daripada masalah kewangan.

Keluarga anda mungkin akan menghadapi kesukaran kewangan yang serius!!!

Kini pilihan di tangan anda.
Anda boleh memilih samada untuk
memiliki dokumen wasiat dan mendapat manfaat yang begitu bernilai, atau memilih untuk tidak memiliki wasiat dan menghadapi pelbagai masalah dan risiko seperti yang dinyatakan di atas.

Ingin Mendapatkan Khidmat Penyediaan Dokumen Wasiat?

JANGAN BERLENGAH @ BERTANGGUH! LAKUKAN SEKARANG!
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? SIKAP BERTANGGUH, SELALUNYA TAK MENJADI!!

HUBUNGI RAKAN PERUNDING WASIAT KAMI
atau BUAT PESANAN SECARA ONLINE
atau HANTAR MESEJ/PERTANYAAN ONLINE
atau hubungi talian hotline: 03-5512 5886

Mengapa Anda Perlu Memiliki Dokumen Wasiat?

 

TIGA SEBAB UTAMA MENGAPA ANDA PERLU MEMILIKI DOKUMEN WASIAT

Terdapat begitu banyak sebab mengapa anda perlu memiliki dokumen wasiat, namun terdapat tiga sebab utama yang seharusnya diberi perhatian berat khususnya bagi seseorang Muslim Mukmin.

1. MEMPERCEPAT PROSES PENYELESAIAN PUSAKA

Apabila berlaku kematian, sebahagian besar harta-harta simati akan dibekukan. Dengan memiliki dokumen wasiat, proses untuk mendapatkan Geran Probet (surat kuasa untuk mentadbir pusaka) oleh wasi yang telah dinamakan di dalam wasiat lebih mudah dan cepat. Lebih lengkap dokumen wasiat (seperti penyenaraian harta, hutang, harta sepencarian dsbnya) maka lebih cepat proses pentadbiran harta pusaka dapat diselesaikan.

Secara umumnya, tempoh penyelesaian pusaka dengan adanya wasiat ialah di antara 4 – 12 bulan berbanding di antara 2 – 5 tahun (atau lebih) tanpa dokumen wasiat. Lebih lama proses penyelesaian, maka selama itulah juga kesengsaraan yang akan dirasai oleh waris-waris yang kita tinggalkan.

Untuk maklumat lanjut, sila rujuk topik “Pentadbiran Pusaka”.

Pernahkah anda terfikir apa akan berlaku kepada isteri/suami dan orang-orang kesayangan anda jika anda meninggalkan mereka tanpa wasiat? Kemungkinan besar, inilah yang akan berlaku:

Susah Payah Akibat Birokrasi
Mahukah anda membiarkan isteri dan orang yang anda sayangi berpenat-lelah ke hulu ke hilir turun-naik mahkamah untuk mendapatkan haknya (menyediakan pelbagai keperluan mahkamah – fakta-fakta, dokumen, pembuktian dan sebagainya), serta mengharungi pelbagai birokrasi pejabat untuk menguruskan harta bermasalah yang anda tinggalkan kepada mereka (dalam ertikata lain – tidak terurus & “berterabur” di sana-sini), akibat tiada persediaan & perancangan?

Tekanan Jiwa Akibat Perbalahan & Hilang Punca Pendapatan
Tanpa persediaan, orang kesayangan anda akan mengalami tekanan demi tekanan akibat perbalahan dan perebutan yang mungkin berlaku di kalangan kaum keluarga dan saudara-mara, yang sepatutnya membantu tetapi sebaliknya lebih banyak menyusahkan!!

Berdasarkan fakta, begitu banyak kes yang tidak dapat diselesaikan akibat tidak mendapat kerjasama daripada saudara-mara dan ahli keluarga atas pelbagai sebab!

Bayangkan, pada masa yang sama beliau perlu memikirkan bagaimana untuk menggantikan punca pendapatan yang hilang bagi menyara kehidupan mereka seterusnya, lebih sukar dan lebih memeritkan, kali ini TANPA ANDA!!!

2. MELUNASKAN HUTANG DAN TANGGUNGAN

Pada zaman ini, boleh dikatakan sebahagian besar daripada kita berhutang, ada yang banyak, ada yang sedikit. Berhutang atau meminjam untuk keperluan adalah dibenarkan dalam Islam, namun Islam turut menekankan dengan tegas mengenai tanggungjawab untuk membayar hutang, walaupun selepas kematian.

Antara peringatan yang disabdakan oleh Rasulullah saw:

Sesungguhnya orang yang berhutang terpenjara di kuburnya sehingga hutang tersebut diselesaikan (oleh saudara-maranya).
– Hadis riwayat At-Tabrani

Malah tidak terkecuali bagi mereka yang mati syahid sepertimana sabda Rasulullah s.a.w.:

Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang.
– Hadis riwayat Muslim

Berdasarkan hadis-hadis di atas, bermakna seseorang Muslim itu amat memerlukan waris-waris & saudara-mara mereka yang masih hidup untuk menyelesaikan segala tanggungan hutang yang ada selepas kematiannya.

Persoalannya:
Tahukah saudara mara dan waris-waris anda mengenai hutang-hutang yang anda ada? Berapa ramai di antara anda yang mempunyai hutang tetapi tidak bertulis sedangkan itulah yang disarankan di dalam al-Quran? Sekiranya ini berlaku iaitu bagi hutang yang tidak bertulis, apakah jaminan bahawa hutang-hutang tersebut akan diselesaikan oleh waris-waris anda?

Oleh itu, salah satu daripada keperluan dokumen wasiat ialah untuk anda menyenaraikan dengan lengkap segala jenis harta dan tanggungan hutang anda supaya dapat diuruskan dengan licin dan sempurna oleh waris-waris anda. Ini bermakna dokumen wasiat merupakan satu dokumen yang teramat penting untuk anda miliki kerana dokumen wasiat inilah yang akan menjadi sumber rujukan utama mengenai harta dan tanggungan anda selepas ketiadaan anda kelak.

Tanpa dokumen wasiat, waris-waris tidak boleh berbuat apa-apa mengenai hutang-hutang anda (sebab mereka tidak tahu), dan anda juga tidak boleh berbuat apa-apa ketika itu (sebab tiada peluang kedua untuk anda kembali ke dunia!).

Jadi… Mahukah anda terbelenggu (dengan siksaan yang AMAT PEDIH) di kubur (selagi hutang kita tidak diselesaikan…, selama mana pula???) dan dosa tidak diampuni (apatah lagi jika bukan mati syahid), akibat kelalaian dan kemalasan anda sendiri membuat persediaan? Masihkah anda sanggup BERTANGGUH LAGI seolah-olah ia perkara sampingan? …sedangkan KEMATIAN adalah PASTI???

3. MENYEMPURNAKAN HAK DAN HASRAT
– untuk yang tersayang (yang masih hidup selepas kematian anda)
– untuk diri anda (yang pasti akan mati!)

(a) Menyempurnakan HAK (waris yang ditinggalkan)

Menurut Islam, selepas kematian seseorang Muslim, maka wujudlah hak-hak tertentu ke atas harta yang ditinggalkannya. Hak-hak tersebut telahpun ditentukan sendiri oleh ALLAH secara khusus di bawah hukum faraid. Pembahagian faraid kepada yang berhak hukumnya adalah WAJIB untuk ditunaikan, dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (khususnya waris-waris) untuk menyelesaikannya.

Bagaimanapun terdapat salah faham dalam masyarakat Melayu kita di mana ramai yang merasakan bahawa mereka tidak perlu membuat wasiat kerana telah adanya hukum faraid. Persoalannya, apakah jaminan bahawa mereka (waris-waris) tersebut akan mendapat hak mereka jika kita sendiri tidak membuat langkah-langkah awal bagi memastikan hukum tersebut dapat dilaksanakan dengan sempurna?

Sedarkah anda bahawa umat Islam kita masih jauh ketinggalan dan gagal dalam melaksanakan hukum faraid ini? Realitinya, sebanyak sejuta kes tanah pusaka di Malaysia (laporan Pejabat Tanah) dianggar bernilai RM38 bilion masih tidak dapat diselesaikan kerana masalah pewarisan dan 90% daripadanya adalah milik orang Melayu (yang rata-ratanya beragama Islam). Ini bermakna begitu banyak sekali harta-harta umat Islam yang terbeku dan begitu ramai yang tidak mendapat bahagian hak mereka termasuk mereka yang sepatutnya mendapat hak faraid. Kini timbul persoalan dari segi hukumnya, siapakah yang akan menanggung dosa-dosa ini?

Keadaan di atas berlaku akibat kelalaian dan kegagalan umat Islam sendiri dalam membuat langkah-langkah persediaan ketika hidupnya. Oleh itu, apakah langkah dan persediaan kita sendiri supaya keadaan ini tidak akan berlaku kepada harta-harta kita pula? Dengan persediaan yang baik dan melalui dokumen wasiat yang lengkap dan sempurna, sudah tentu akan dapat MENJAMIN hak-hak untuk mereka yang tersayang (ibu, ayah, isteri, suami, anak-anak) akan mendapat hak mereka (termasuk hak harta sepencarian pasangan) sekaligus hukum faraid dapat ditunaikan.

(b) Menyempurnakan HASRAT (pahala berkekalan)

Di samping hak-hak yang memang telah termaktub dalam hukum, kita juga boleh menyempurnakan hasrat dan niat murni kita yang lain khususnya untuk TUJUAN KEBAJIKAN. Melalui wasiat, hasrat untuk membantu atau membela mereka yang tidak mendapat bahagian faraid dapat ditunaikan seperti waris terdinding, cucu yang kematian ayah, anak angkat, ibu bapa angkat, ahli keluarga asal muallaf yang masih tidak beragama Islam dan sebagainya (terhad 1/3 daripada pusaka bersih).

Begitu juga niat untuk menginfaqkan harta melalui amalan sedekah jariah dan berwaqaf untuk manfaat ummah dan ganjaran pahala yang berkekalan sebagaimana sabda Rasulullah saw:

Apabila mati seseorang anak Adam, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dan anak soleh yang sentiasa mendoakannya.
– Hadis riwayat Muslim

FIKIRKAN AKIBATNYA…

Kepada Orang Tersayang….
Sanggupkah kita menganiaya kaum keluarga dan orang-orang yang kita sayangi dengan menyusahkan mereka selepas ketiadaan kita dan apatah lagi sehingga mereka tidak mendapat hak mereka akibat kelalaian kita?

Kepada Diri Sendiri….
Dan sanggupkah kita menganiaya diri kita sendiri dengan SIKSAAN yang AMAT PEDIH akibat kegagalan kita menunaikan tanggungjawab kita ketika di dunia sekarang ini?!!

PRODUK WASIAT AMANAHRAYA

tuliswasiatarb

Dokumen Wasiat yang disediakan oleh WarisanMUKMIN adalah Dokumen Wasiat AmanahRaya iaitu dokumen yang ditulis oleh pihak AmanahRaya sendiri. Terdapat dua jenis atau kategori penyediaan Dokumen Wasiat AmanahRaya iaitu Dokumen Wasiat untuk orang Islam dan Dokumen Wasiat untuk orang Bukan Islam.

Pada dasarnya, Dokumen Wasiat AmanahRaya yang disediakan bagi kedua-dua kategori tersebut samada Dokumen Wasiat Islam atau Dokumen Wasiat Bukan Islam ialah DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF @ DOKUMEN WASIAT LENGKAP sahaja, yang merangkumi ketiga-tiga komponen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka selepas kematian, iaitu:

BAGI ORANG ISLAM:

  • Wasi – Perlantikan Pemegang Amanah (yang akan bertindak sebagai Pentadbir apabila berlaku kematian Pewasiat).
  • Wisoyah – Pernyataan Amanah yang ingin dimaklumkan kepada Wasi untuk dilaksana dan diuruskan selepas kematian Pewasiat, sama ada ianya berkaitan harta benda mahu pun bukan harta (wasiat kata-kata berbentuk hasrat, nasihat dan amanah), serta deklarasi penyenaraian harta, hutang, waris, harta sepencarian dan sebagainya).
  • Wasiyyah – Pemberian atau pengagihan harta selepas kematian Pewasiat. Wasiyyah yang ditulis oleh Pewasiat beragama Islam tidak tertakluk kepada Akta Wasiat 1959 (Akta 346), tetapi ianya adalah tertakluk kepada hukum syari’ah ke atas ‘wasiyyah’ di antaranya, pemberian itu hendaklah:
    1. Kepada bukan waris (iaitu mereka yang tidak layak mendapat bahagian faraid) seperti anak angkat, waris terlindung dll.
    2. Tidak melebihi 1/3 daripada baki harta selepas belanja pengurusan jenazah, hutang-hutang & harta sepencarian.
    3. Hukum-hukum syari’ah lain yang berkaitan.

BAGI ORANG BUKAN ISLAM

  • Pemegang Amanah – Perlantikan Pemegang Amanah (yang akan bertindak sebagai Pentadbir apabila berlaku kematian Pewasiat).
  • Pernyataan Amanah – Pernyataan Amanah yang ingin dimaklumkan kepada Pemegang Amanah untuk dilaksana dan diuruskan selepas kematian Pewasiat, sama ada ianya berkaitan harta benda mahu pun bukan harta (wasiat kata-kata berbentuk hasrat, nasihat dan amanah), serta deklarasi penyenaraian harta, hutang, waris dan sebagainya).
  • Wasiat – Pemberian atau pengagihan harta selepas kematian Pewasiat, di mana Pewasiat berhak menentukan siapa dan sebanyak mana yang ingin diberikan selepas kematiannya. Wasiat yang ditulis oleh Pewasiat Bukan Islam adalah tertakluk kepada Akta Wasiat 1959 (Akta 346).

Bagaimana pun, oleh kerana orang ramai pada kebiasaannya perlu mengambil masa yang agak lama khususnya untuk melengkapkan komponen kedua dan ketiga iaitu Wisoyah atau Pernyataan Amanah (seperti untuk menyenarai dan melengkapkan maklumat-maklumat yang diperlukan di dalam penyediaan wasiat yang komprehensif) serta Wasiyyah atau Wasiat, sehingga dikhuatiri mereka tidak sempat untuk menyiapkannya sebelum ajal (malang tidak berbau), maka adalah digalakkan orang ramai menyediakan Wasiat Asas terlebih dahulu.

DOKUMEN WASIAT ASAS

Apakah yang dimaksudkan dengan Dokumen Wasiat Asas?

Dokumen Wasiat Asas ini ialah satu dokumen untuk melantik Wasi atau Pemegang Amanah yang akan bertindak sebagai Pentadbir apabila berlaku kematian Pewasiat.

Kandungan:

  • Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
  • Tugas dan Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi atau Pemegang Amanah

Kepentingan & Manfaat:

  • Melantik Wasi atau Pemegang Amanah yang amanah, dipercayai dan berkemahiran merupakan tindakan yang paling asas dalam pengurusan selepas kematian khususnya dalam pentadbiran harta pusaka supaya Wasi atau Pemegang Amanah yang dilantik ini dapat mengambil tanggungjawab menjalankan proses pentadbiran harta pusaka selepas berlaku kematian pewasiat nanti.
  • Mengelak daripada berlakunya pentadbir yang tidak amanah daripada menguruskan harta pusaka simati.
  • Mengelak perebutan sebagai penjaga kepada anak-anak bawah umur dan menjamin supaya tidak berlakunya keadaan ‘memakan harta anak yatim’ oleh penjaga yang tidak amanah.
  • Secara umumnya, dengan perlantikan Wasi atau Pemegang Amanah yang benar-benar amanah, tidak berkepentingan serta berilmu dan berkemahiran, maka separuh daripada masalah pentadbiran pusaka selepas kematian Pewasiat dapat diselesaikan.

DOKUMEN WASIAT KOMPREHENSIF

Apakah yang dimaksudkan dengan Dokumen Wasiat Komprehensif?

Dokumen Wasiat Komprehensif ialah satu dokumen pengurusan harta pusaka yang lengkap merangkumi ketiga-tiga komponen penting dalam urusan pentadbiran harta pusaka selepas kematian, iaitu:

  • Wasi atau Pemegang Amanah – penting dari segi pihak yang akan melaksanakan urusan pentadbiran pusaka.
  • Wisoyah atau Pernyataan Amanah – penting dari segi memudah, melancar dan melicinkan urusan pentadbiran harta pusaka nanti dan memastikan apa yang diinginkan dapat dicapai.
  • Wasiyyah atau Wasiat – penting dari segi urusan pembahagian selain untuk ahli waris, mahu pun untuk amal jariah simati

Kandungan:

(1) WASI atau PEMEGANG AMANAH

  • Perlantikan AmanahRaya sebagai Wasi atau Pemegang Amanah
  • Tugas dan Tanggungjawab Umum Sebagai Wasi atau Pemegang Amanah

(2) WISOYAH atau PERNYATAAN AMANAH

  • Perlantikan Penjaga Bagi Anak-Anak Bawah Umur 18 Tahun
  • Senarai Waris Yang Sah dan Layak serta Bahagian Faraid Mereka
  • Senarai Lengkap Aset/Harta, Pemiutang dan Liabiliti (urusan hutang-piutang)
  • Pengisytiharan Harta Sepencarian
  • Wasiat Kata-Kata mengenai Iman & Akidah, nasihat, hasrat, amanah dan sebagainya
  • Klausa-Klausa Lain Mengikut Keperluan Pewasiat
  • NOTA: Konsep ‘Wisoyah’ atau ‘Pernyataan Amanah’ ini sangat luas pengertiannya, bukan sahaja berkaitan harta benda tetapi lebih daripada itu. Dalam ertikata lain, apa sahaja yang ingin disampaikan atau pun diamanahkan kepada Wasi/Pemegang Amanah untuk dilaksanakan atau diuruskan, selagi tidak melanggar syarak.

(3) WASIYYAH atau WASIAT

  • Wasiyyah bagi orang Islam: Pemberian harta selepas kematian (tertakluk kepada syariat Islam)
  • Wasiat bagi orang bukan Islam: Pemberian kepada orang yang dinamakan (tertakluk kepada Akta Wasiat 1959)

Kepentingan & Manfaat:

  • Mendapat manfaat sepertimana terkandung dalam Wasiat Asas
  • Memudahkan wasi menguruskan harta yang telah lengkap disenaraikan
  • Menjamin segala hutang (agama dan manusia) dilunaskan oleh wasi (menghindar roh terpenjara di kubur – hadis Rasulullah)
  • Menjamin hasrat pembahagian harta (tidak melebihi 1/3) untuk bukan waris atau tujuan amal jariah ditunaikan

Klausa Pengisytiharan Harta Sepencarian:

  • Mempercepat proses mendapatkan hak harta sepencarian
  • Menjamin hak harta sepencarian pasangan diperolehi sepertimana dikehendaki dalam pengisytiharan
  • Menjamin pasangan mempunyai harta yang mencukupi bagi meneruskan kehidupan dan menguruskan anak-anak
  • Mengelak pasangan daripada turun-naik mahkamah bagi membuktikan sumbangannya dalam menghasilkan harta bersama
  • Sangat-sangat diperlukan lebih-lebih lagi bagi manfaat isteri yang tidak bekerja (suri rumah)

KOS PENGURUSAN WASIAT

KOS PENULISAN WASIAT

  • Wasiat Islam – RM350.00
  • Wasiat Bukan Islam – RM350.00

KOS PINDAAN

Bagi kedua-dua Wasiat Islam atau Wasiat Bukan Islam:

  • Pindaan Pertama dan Kedua – PERCUMA
  • Pindaan Ketiga – RM50.00
  • Pindaan Keempat dan Seterusnya – RM25.00

KOS PENYIMPANAN WASIAT

  • PERCUMA

Nota: Kos-kos ini merupakan harga yang jauh lebih murah berbanding dengan wasiat yang disediakan oleh syarikat-syarikat swasta lain yang terdapat di pasaran.

KESIMPULAN

 

KEMATIAN ADALAH PASTI, cuma yang belum pasti ialah BILA?

YANG PASTI, hari ini kita masih lagi merasai nikmat hidup. Ketika masih hidup inilah kita harus beringat!

Ingat pesan Rasulullah saw melalui sabdanya:

Ingat lima perkara sebelum datang lima perkara:
1. Waktu sihat sebelum tibanya waktu sakit
2. Waktu muda sebelum tibanya waktu tua
3. Waktu kaya sebelum tibanya waktu miskin
4. Waktu lapang sebelum tibanya waktu sempit
5. Waktu hidup sebelum mati

 

Hari ini, kita masih ada peluang untuk merancang dan membuat persediaan. Kita masih ada kesempatan untuk memilih dan berusaha melaksanakan apa yang kita inginkan. Tapi malangnya, ramai di antara kita memilih untuk BERTANGGUH dan terus BERTANGGUH.

Alasannya tiada masa! Sedarkah anda, ini bermakna anda kini tergolong dalam kategori orang yang telah kesempitan waktu! Berdasarkan hadis di atas ia merupakan kategori yang keempat dan di kedudukan yang amat kritikal dan merbahaya sekali! Apa tidaknya, dengan kesibukan dan kesempitan masa, sudah pasti tidak ada apa yang boleh kita lakukan untuk membuat sebarang persediaan, melainkan hanya kesibukan kita mengejar kehidupan dunia yang tidak pasti bila kesudahannya hidup kita.

Ingatlah, semua nikmat ini akan hilang dan semua kesempatan ini akan luput, sebaik sahaja malaikat Izrail menjemput kita. TIADA lagi ‘Peluang Kedua’ untuk kita, TIADA lagi perkataan ‘Nanti Dulu’ dalam kamus kita, tiada apa-apa lagi yang mampu kita lakukan, selain amalan dan persediaan-persediaan yang telah kita lakukan ketika kita masih hidup ini.

Apakah pilihan yang anda ada sekarang?
Jawapannya ialah…

***** ANDA TIADA PILIHAN *****

JANGAN BERTANGGUH LAGI WALAU SESAAT
(kerana saat kematian kita sendiri telah ditetapkan, tidak akan dilewat atau dipercepatkan walaupun sesaat!!).

Dikhuatiri….
SESAAT KITA BERTANGGUH,
MEMBUAT KITA MERANA SELAMA-LAMANYA!

Luangkanlah sedikit masa untuk memiliki satu dokumen wasiat peribadi untuk anda…. Suatu dokumen yang mungkin dianggap remeh, tetapi sangat bernilai untuk kita miliki dan tinggalkan sebagai peninggalan terpenting bagi rujukan dan keperluan waris-waris kita ! Rasailah ketenangan hati dan fikiran selepas anda memilikinya, InsyaALLAH…

KESIMPULAN

Masa terbaik untuk anda membuat persediaan ialah HARI INI dan SEKARANG!!!

Milikilah dokumen wasiat anda sekarang,
sementara masa masih ada!

Ingat sekali lagi….

Selepas Kematian…
TIADA PELUANG KEDUA untuk kembali ke dunia untuk membetulkan KELALAIAN anda tidak melakukan perancangan sekarang!!!

Ingin Mendapatkan Khidmat Penyediaan Dokumen Wasiat?

JANGAN BERLENGAH @ BERTANGGUH! LAKUKAN SEKARANG!
KALAU BUKAN SEKARANG, BILA LAGI? SIKAP BERTANGGUH, SELALUNYA TAK MENJADI!!

HUBUNGI RAKAN PERUNDING WASIAT KAMI
atau BUAT PESANAN SECARA ONLINE
atau HANTAR MESEJ/PERTANYAAN ONLINE
atau hubungi talian hotline: 03-5512 5886

Skip to toolbar