Warisan Mukmin

Siapakah Warisan Mukmin

logoWMnew1

MAKLUMAT KORPORAT

Nama & No. Pendaftaran Syarikat
Warisan MUKMIN Sdn. Bhd. (683909-V)

Tarikh Pendaftaran
10hb. Mac 2005

Alamat Perniagaan
No. 10A, Tingkat 1, Jalan Tengku Ampuan Zabedah 9/A, Seksyen 9
40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

Visi
Menjadi Peneraju Dalam Bidang Perancangan Kewangan Islam

Misi
Mengangkat Martabat Umat Melalui Sistem Muamalat Islam

Objektif

Mewujudkan rangkaian Pusat Khidmat Muamalat Setempat di bawah jenama Warisan Mukmin di seluruh negara.

Mewujudkan rangkaian pasukan Perunding dan Perancang Kewangan Islam yang berkemahiran, profesaional dan beriman.

Menawarkan perkhidmatan kewangan dan muamalat Islam yang lengkap dan bersepadu yang menepati prinsip-prinsip Syariah kepada seluruh masyarakat.

Motto / Tagline
Rakan Muamalat Anda

Nilai Utama
Amanah Profesional Inovatif Mengutamakan Pelanggan

TERAJU UTAMA

HJ MOHD SAFRI BIN MAHAT, PPT
Pengasas & Ketua Pegawai Eksekutif (Founder & CEO)

   Biodata                           Facebook

 admin     

PERKHIDMATAN KAMI

Warisan MUKMIN Sdn Bhd (WMSB) telah mengambil inisiatif untuk mempelopori usaha untuk mengintegrasikan perkhidmatan dan produk-produk kewangan Islam dalam satu pakej lengkap dan bersepadu melalui Model Muamalat 4P bagi meningkatkan keberkesanan dan pulangan terhadap aktiviti-aktiviti muamalat yang dilaksanakan.

MODEL MUAMALAT 4P

model-muamalat-4P
Model Muamalat 4P ini merangkumi 4 Pelan

1. Pelan Pelaburan

Islam menggalakkan umatnya memperkembangkan harta yang dimiliki bagi meningkatkan tahap keupayaan umat Islam melalui kekuatan ekonomi. Salah satu daripada cara yang boleh dilakukan ialah melalui aktiviti pelaburan.

2. Pelan Perlindungan

Kehidupan ini sentiasa terdedah kepada pelbagai jenis risiko musibah, kemalangan dan bencana, baik kepada harta kekayaan mahupun kepada diri seseorang. Sebagai langkah berikhtiar, seorang Mukmin itu harus berusaha dan merancang bagaimana dia dapat meringankan beban yang terpaksa dipikul olehnya atau ahli keluarganya jika musibah melanda. Salah satu daripada kaedah untuk mengelak atau mengurangkan risiko ini ialah melalui perlindungan Takaful yang menepati prinsip-prinsip Syariah.

3. Pelan Penyucian

Islam bukan hanya mementingkan persoalan bagaimana sesuatu harta itu diperolehi tetapi juga bagaimana harta tersebut digunakan atau dibelanjakan. Seorang Mukmin dituntut menunaikan beberapa hak dan tanggungjawab terhadap harta yang dimiliki bagi tujuan penyucian harta tersebut. Justeru itu, WMSB turut menyediakan perkhidmatan yang berkaitan seperti zakat, wakaf, infaq, haji dan umrah yang boleh menyucikan harta dan jiwa seorang Mukmin.

4. Pelan Pewarisan

Islam turut memberi penekanan dan panduan bagaimana mengagihkan harta pusaka yang ditinggalkan selepas kematian seorang Muslim. WMSB turut menyediakan beberapa perkhidmatan dalam perancangan pusaka supaya pengagihan dan pewarisan harta dapat dijalankan dengan lancar bagi manfaat mereka yang ditinggalkan. Di antara perkhidmatan pewarisan yang ditawarkan ialah khidmat penulisan wasiat, hibah, wakaf, perundingan faraid, pewarisan perniagaan, pengamanahan, penyelesaian pusaka dan pengiraan zakat sebelum pembahagian pusaka. Untuk tujuan ini, WMSB dilantik sebagai Agen Korporat kepada Amanah Raya Berhad bagi menawarkan perkhidmatan berkaitan.

 

Skip to toolbar