The Blog

[TARIKH BARU] Taklimat Latihan & Ujian Kelayakan Wakil Ejen Korporat AmanahRaya

PERKARA: TAKLIMAT, LATIHAN & UJIAN KELAYAKAN WAKIL EJEN KORPORAT AMANAHRAYA

Adalah dimaklumkan, Jabatan Pengurusan Pemasaran (MMD) Amanah Raya Berhad akan mengadakan program Taklimat dan Latihan Produk Wasiat yang akan diikuti dengan sesi Ujian Kelayakan kepada Wakil-Wakil Ejen Korporat AmanahRaya.

Sesi ini adalah terbuka kepada wakil-wakil baru yang belum mengambil Latihan Ujian Kelayakan atau wakil-wakil yang telah hadir tetapi gagal dalam sesi Ujian Kelayakan yang lalu.

Bagi Rakan Warisan MUKMIN, hanya Rakan bertaraf Rakan Penuh iaitu berstatus Wakil (WL), Pengurus Kumpulan (PK) dan Perunding Eksekutif (PE) sahaja yang layak menyertai sesi ini.

Bagi Rakan yang berstatus Rakan Bersekutu (RB), anda perlu ‘upgrade’ dahulu sekurang-kurangnya ke status Wakil (WL) untuk layak menghadiri program ini.

Sehubungan dengan itu, kami menjemput Rakan-Rakan untuk hadir ke program taklimat dan latihan ini. Butiran adalah seperti berikut:

top_img1

Tarikh: 5 Disember 2013 (Khamis)
Masa: 8.30 pagi – 5.30 petang
Tempat: Dewan Sri Mutiara, Tingkat 4,
Wisma AmanahRaya
No. 2, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Bayaran Penyertaan: PERCUMA

Kepada Rakan-Rakan yang berminat untuk menyertai sesi ini, sila isikan BORANG PENDAFTARAN DI SINI selewat-lewatnya pada 28/11/2013 (Khamis) sebelum 4.00 petang.

* PERHATIAN! (Peringatan daripada AmanahRaya) : Bagi mengelakkan sebarang kesulitan dan pembaziran, mereka yang telah mendaftar DIWAJIBKAN HADIR pada hari berkenaan dan hendaklah hadir TEPAT MASA yang telah ditetapkan. Jika tidak, tindakan/amaran akan dikenakan oleh pihak AmanahRaya.

Saranan Kami : Hanya Rakan-Rakan yang benar-benar yakin dan ‘confirm’ dapat hadir sahaja perlu mendaftar.

Berikut ialah jadual penuh sesi latihan tersebut:

08.30 – 9.00 pagi
Kehadiran para peserta

09.00 – 10.00 pagi
MODUL 1: Pengenalan Wasiat

10.00 – 10.15 pagi
Minum Pagi

10.15 pagi – 12.45 tengah hari
MODUL 2: Pengurusan Pusaka Berwasiat

12.45 – 02.00 petang
Rehat dan Makan Tengah Hari (Solat)

02.00 – 3.00 petang
MODUL 3: Tanggungjawab Wakil Ejen

03.00 – 4.00 petang
MODUL 4: Kajian Kes (Case Study)

04.00 – 5.00 petang
UJIAN KELAYAKAN

05.00 – 5.15 petang
Minum Petang dan Bersurai

Kepada Rakan-Rakan yang berminat untuk menyertai sesi ini, sila isikan BORANG PENDAFTARAN DI SINI selewat-lewatnya pada 28/11/2013 (Khamis) sebelum 4.00 petang.

Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan atau pertanyaan yang berkaitan sila hubungi kami di talian 03-55125886 (u/p: Puan Rafidah atau En Mohd Munim).

About Mohd Safri Mahat

Haji Mohd Safri Mahat adalah Pengasas @ Founder, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan MUKMIN Sdn Bhd (2005-kini). Melalui Warisan MUKMIN Sdn Bhd ini (WMSB), beliau mempelopori satu model perkhidmatan lengkap dan bersepadu dalam bidang Pengurusan Kewangan Peribadi berasaskan Syariah yang dikenali sebagai Model Muamalat Mukmin yang merangkumi 4 pelan utama (Pelan Muamalat 4P) iaitu pelan-pelan Pelaburan, Perlindungan, Penyucian dan Pewarisan. Berkelulusan sebagai Perunding Kewangan Islam (IFP - Islamic Financial Planner) daripada Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dalam tahun 2010. Beliau adalah merupakan salah seorang perintis kepada era baru pengurusan zakat di Malaysia (1990). Beliau telah mengasas dan menerajui Pusat Zakat Selangor (PZS) sebagai Pengurus Besar pada tahun 1995-2004 sehingga menjadi sebuah institusi yang tersohor dan disegani di negara ini di samping menjadi contoh di peringkat antarabangsa, sebelum mengasas dan mencurahkan segala pengalaman dan kepakaran beliau kepada Warisan Mukmin sejak 2005 sehingga kini.

Comments are closed.

Skip to toolbar