The Blog

Taklimat Latihan Produk Wasiat & Ujian Kelayakan Wakil Ejen Korporat AmanahRaya Siri 7/2014

Assalamu’alaikum Rakan-Rakan Warisan Mukmin yg dihormati semua.

PER: Taklimat Latihan Produk Wasiat & Ujian Kelayakan Wakil Ejen Korporat AmanahRaya Siri 7/2014

Dengan segala hormatnya perkara di atas adalah dirujuk.

Adalah dimaklumkan bahawa Jabatan Pengurusan Pemasaran Kumpulan Amanah Raya Bhd akan mengadakan sesi Taklimat & Latihan Produk Wasiat yang akan diikuti dengan sesi Ujian Kelayakan Wakil Ejen Korporat AmanahRaya.

Dengan itu, kami ingin menjemput Rakan-Rakan berdaftar Warisan Mukmin sama ada berstatus Wakil (WL), Pengurus Kumpulan (PK) atau Perunding Eksekutif (PE) yang masih belum menghadiri sesi latihan ini atau belum Lulus dalam Ujian Kelayakan Wakil Ejen AmanahRaya ini untuk hadir sesi latihan pada kali ini.

Butiran adalah seperti berikut:

Tarikh: 29hb Oktober 2014 (Rabu)
Masa: 8.30 pg – 5.30 ptg
Tempat: Dewan Sri Mutiara, Tkt 4, Wisma AmanahRaya

Tempat adalah terhad. Masuk Percuma. Makan minum disediakan.

Bagi Rakan-Rakan yang ingin hadir, sila serahkan senarai nama (Nama Penuh seperti dalam Kad Pengenalan) sebelum atau pada 22/10/2014 (Rabu) melalui tel: 03-5512 5886 atau emel ke info@warisanmukmin.com

Setiap peserta yang terlibat hendaklah hadir tepat pada masa yang telah ditetapkan bagi mengelakkan sebarang kesulitan.

Bagi Rakan-Rakan FB yang belum menjadi Rakan berdaftar Warisan Mukmin dan berminat untuk menjadi Wakil Ejen AmanahRaya, boleh menghubungi pihak Warisan Mukmin di talian seperti yang tertera sebelum 22/10/2014 jika ingin mengikuti sesi latihan ini.

Sekiranya ada sebarang kemusykilan atau pertanyaan, sila hubungi:
En Munim Yahaya di talian 03-5512 5886.

Kerjasama dari pihak Rakan-Rakan amatlah diharapkan dan dihargai.

Sekian, terima kasih.

HJ MOHD SAFRI MAHAT
Ketua Pegawai Eksekutif
Warisan Mukmin Sdn Bhd

About Mohd Safri Mahat

Haji Mohd Safri Mahat adalah Pengasas @ Founder, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan MUKMIN Sdn Bhd (2005-kini). Melalui Warisan MUKMIN Sdn Bhd ini (WMSB), beliau mempelopori satu model perkhidmatan lengkap dan bersepadu dalam bidang Pengurusan Kewangan Peribadi berasaskan Syariah yang dikenali sebagai Model Muamalat Mukmin yang merangkumi 4 pelan utama (Pelan Muamalat 4P) iaitu pelan-pelan Pelaburan, Perlindungan, Penyucian dan Pewarisan. Berkelulusan sebagai Perunding Kewangan Islam (IFP - Islamic Financial Planner) daripada Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dalam tahun 2010. Beliau adalah merupakan salah seorang perintis kepada era baru pengurusan zakat di Malaysia (1990). Beliau telah mengasas dan menerajui Pusat Zakat Selangor (PZS) sebagai Pengurus Besar pada tahun 1995-2004 sehingga menjadi sebuah institusi yang tersohor dan disegani di negara ini di samping menjadi contoh di peringkat antarabangsa, sebelum mengasas dan mencurahkan segala pengalaman dan kepakaran beliau kepada Warisan Mukmin sejak 2005 sehingga kini.

Comments are closed.

Skip to toolbar