Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah

MEMBINA KERJAYA SEBAGAI
PERUNDING HARTA PUSAKA BERTAULIAH AMANAHRAYA
(perkhidmatan yang sangat diperlukan untuk mereka dalam bidang perancangan kewangan
seperti perunding takaful dan unit amanah bagi melengkapkan perkhidmatan mereka)

(Latihan akan diberi oleh pihak Amanah Raya dan Warisan Mukmin, Ejen Korporat AmanahRaya)

PERUNDING HARTA PUSAKA, WASIAT & HIBAH

 

Ingin membina kerjaya profesional sebagai Perunding Harta Pusaka dan memberi khidmat perundingan dalam bidang Harta Pusaka, Wasiat, Hibah, Amanah dan Faraid? Anda ingin menjadi perunding profesional yang diiktiraf AmanahRaya sebagai badan tertinggi kerajaan dalam bidang ini?

Bagaimana caranya nak jadi Perunding Bertauliah AmanahRaya?

Anda hanya perlu berdaftar sebagai Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah Warisan MUKMIN (Ejen Korporat AmanahRaya) melalui Mukmin Network, dan nama anda akan dikemukakan kepada AmanahRaya untuk pengiktirafan sebagai Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah AmanahRaya dan anda akan diberi Kod Ejen AmanahRaya sebagai lesen untuk berurusniaga. Kursus dan latihan akan diberi oleh pihak Warisan MUKMIN dan Amanah Raya.

Apakah kategori Perunding yang ada?

Terdapat 4 kategori Perunding Wasiat & Hibah Warisan MUKMIN iaitu:

(1) Perunding Eksekutif (PE)
(2) Pengurus Kumpulan (PK)
(3) Wakil (WL)
(4) Rakan Bersekutu (RB)

BAGAIMANA UNTUK MENJADI PERUNDING HARTA PUSAKA, WASIAT & HIBAH WARISAN MUKMIN?

(1) Kategori: Perunding Eksekutif (PE) – penyertaan PE telah ditutup sejak 1 Jan 2011

Kategori PE kini dibuka semula (mulai 15 Oktober 2014 – 31 Disember 2014 sahaja)
Wasiat Peribadi: RM350.00
Fi Komitmen: RM3,500.00
JUMLAH: RM3,850.00

(2) Kategori: Pengurus Kumpulan (PK) – penyertaan PK telah ditutup sejak 1 Jan 2011

Kategori PK kini dibuka semula (mulai 15 Oktober 2014 – 31 Disember 2014 sahaja)
Wasiat Peribadi: RM350.00
Fi Komitmen: RM1,150.00
JUMLAH: RM1,500.00

(3) Kategori: Wakil (WL)

Wasiat Peribadi: RM350.00
Fi Komitmen: RM150.00
JUMLAH: RM500.00

(4) Kategori: Rakan Bersekutu (RB)

PERCUMA (sehingga 31 Disember 2014 sahaja)
Mulai 1 Januari 2015, sedikit Fi Komitmen iaitu sebanyak RM50 akan dikenakan.

JOM SERTAI KAMI SEKARANG!

 HADIR TAKLIMAT KERJAYA
PENDAFTARAN PERUNDING HARTA PUSAKA, WASIAT & HIBAH

PELAN INSENTIF

STRUKTUR KOMISEN DAN INSENTIF KEPIMPINAN UNTUK KHIDMAT PENULISAN WASIAT

PERUNDING EKSEKUTIF (PE)

Kadar Komisen:
42% – 50%

Insentif Kepimpinan (Over riding):
6% – 32%

PENGURUS KUMPULAN (PK)

Kadar Komisen:
36% – 40%

Insentif Kepimpinan (Over riding):
6% – 26%

WAKIL (WL)

Kadar Komisen:
30% – 34%

Insentif Kepimpinan (Over riding):
2% – 20%

RAKAN BERSEKUTU (RB)

Kadar Komisen:
10%

Insentif Kepimpinan (Over riding):
TIADA

BUKAN ITU SAHAJA!

INSENTIF, BONUS DAN KEISTIMEWAAN LAIN

Selain komisen dan insentif kepimpinan, ada lagi bonus-bonus lain seperti bonus pengenal, bonus penyamaan, perkongsian untung syarikat dan pelbagai keistimewaan lain.

Perinciannya kami akan jelaskan di dalam taklimat dan kursus-kursus kami.

DAN YANG PALING PENTING!

KHIDMAT SOKONGAN TERBAIK

Warisan MUKMIN memahami dan menjadikan sistem khidmat sokongan sebagai salah satu faktor kritikal dan tulang belakang bagi memastikan kejayaan dalam bidang perkhidmatan dan jualan seperti ini.

Antara khidmat sokongan kami:

check-yes  Taklimat peluang bisnes untuk penyertaan Rakan baru dari masa ke semasa (kami telah laksanakan program ini sejak 2007)

lihat jadual aktiviti semasa

check-yes  Pengisian ilmu merupakan teras perkhidmatan kami. Kursus-kursus pewarisan untuk Rakan-Rakan kerap diadakan dari masa ke semasa – Wasiat, Hibah, Harta Sepencarian, Pentadbiran Harta Pusaka serta Takaful Pewarisan

check-yes  Kursus Khas Pengiraan Faraid Secara Cepat Mengikut Kaedah Az-Zaid yang dipelopori oleh Tuan Haji Mohd Safri Mahat, CEO Warisan MUKMIN & Mukmin Network.

check-yes  Sistem latihan ‘e-Training’ termasuk melalui Webinar melalui Mukmin Network merupakan satu lagi inisiatif Warisan Mukmin dalam memberikan khidmat sokongan terbaik kepada Rakan-Rakan perundingnya. Kaedah ini sangat berguna bagi mereka yang tiada masa untuk menghadiri kursus-kursus kami dan berada jauh dari ibu pejabat

check-yes  Setiap Rakan Perunding akan mendapat link penajaan masing-masing untuk dipromosikan. Semua kemaskini akan dilakukan oleh pihak kami. Rakan hanya perlu mempromosikannya sahaja. Mudah, cepat, menjimatkan masa dan tenaga.

dan banyak lagi…

 

 

ANDA DIJEMPUT MENYERTAI KAMI

 TEAM WARISAN MUKMIN

 

Sepenuh Masa atau Sambilan

 

 Untuk mendapat penerangan lebih jelas mengenai prospek pasaran dan

peluang bisnes, boleh hadir ke sesi penerangan kami (lihat jadual aktiviti).


KESIMPULAN


MENGAPA PERLU MENJADI PERUNDING HARTA PUSAKA, WASIAT & HIBAH?

 

1. Mendalami ilmu berkaitan pewarisan (mawarith) – berpeluang mendalami ilmu pewarisan Islam yang amat berguna kepada kehidupan dunia dan akhirat, tetapi telah begitu jauh terkebelakang, khususnya ilmu-ilmu berkaitan wasiyyah, hibah dan faraid. Ingatlah pesan Nabi Muhammad s.a.w berkaitan ilmu faraid:

Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada manusia, kerana ianya adalah separuh daripada ilmu dan akan dilupakan. Ia juga adalah ilmu yang pertama akan dicabut dari umatku.” – Hadis riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah.

 

2. Mendalami ilmu berkaitan perundangan dan pentadbiran harta pusaka – memahami perundangan dan bagaimana pentadbiran harta pusaka diuruskan, khususnya pentadbiran pusaka di Malaysia. Pengetahuan ini juga sangat penting bagi setiap individu supaya apabila berlaku kematian, proses pengurusan harta pusaka si mati dapat diuruskan dengan segera dan menurut hukum syara’.

 

3. Membantu orangramai khususnya umat Islam menghindari dan menyelesaikan masalah berkaitan harta pusaka – pelbagai masalah akibat perebutan harta dan ketidakfahaman mengenai hukum-hakam dan perundangan mengenai harta pusaka kini begitu membimbangkan:

    • Terdapat 1 juta kes pusaka tertunggak di mahkamah

    • Harta beku kini bernilai lebih RM42 bilion di Malaysia

    • 90% daripada harta beku tersebut adalah milik orang Islam

    • Pembahagian faraid (yang mana hukumnya adalah wajib) tidak dilaksanakan!

    • Perselisihan dan perbalahan di kalangan keluarga berlaku akibat perebutan harta pusaka

    • Pentadbir yang tidak amanah, tidak berkemahiran dan tidak berpengetahuan

    • dan 1,001 masalah pentadbiran harta pusaka

Oleh sebab pentadbiran harta pusaka seorang Muslim berkaitan hukum syara’ dan sebahagiannya adalah ‘fardhu’, maka menjadi menjadi satu tanggungjawab dan kewajipan kepada orang-orang Muslim untuk berusaha menangani permasalahan ini supaya tidak berterusan dan bertambah tanpa hujungnya. Untuk mengatasi maslah ini, kita memerlukan lebih ramai lagi Rakan-Rakan yang melibatkan diri dalam bidang ini.

 

4. Sumber pendapatan perkhidmatan perundingan – skim pendapatan yang menarik disediakan di atas perkhidmatan perundingan yang ditawarkan kepada orang-ramai.

 

 

JANGAN LEPASKAN PELUANG KEEMASAN INI!

 

 ANDA BOLEH HADIR SESI PENERANGAN KAMI

 

SESI PENERANGAN/PREVIEW

Untuk mendapat penerangan lebih jelas mengenai prospek pasaran dan peluang bisnes dalam bidang harta pusaka ini, bolehlah hadir ke sesi penerangan kami secara PERCUMA dengan mendaftarkan nama anda dengan klik butang di bawah ini.

HADIR TAKLIMAT KERJAYA

 

MENDAFTAR SEBAGAI PERUNDING WASIAT & HIBAH

Berminat untuk mendaftar sebagai Perunding Harta Pusaka, Wasiat & Hibah Amanah Raya dan Warisan Mukmin, sila mendaftar dengan klik butang di bawah ini.

PENDAFTARAN PERUNDING HARTA PUSAKA, WASIAT & HIBAH

 

 

 

Skip to toolbar