Kursus Faraid Melalui Kaedah ‘Az-Zaid’

KURSUS FARAID MELALUI KAEDAH ‘AZ-ZAID’
UNTUK PERUNDING MUAMALAT ISLAM

Kaedah Mudah Belajar Ilmu Faraid
(Teknik & Formula Cepat dan Praktikal diperkenalkan oleh Hj Mohd Safri Mahat)

DSC03998

Nukilan: Haji Mohd Safri Mahat
Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
Wednesday, September 20, 2017

Firman ALLAH SWT: Orang-orang lelaki ada bahagian pusaka dari peninggalan ibubapa dan kerabat. Dan orang-orang perempuan pula ada bahagian juga dari peninggalan ibubapa dan kerabat, sama ada sedikit atau banyak dari harta yang ditinggalkan itu mengikut bahagian yang telah ditetapkan (ALLAH). ( Surah An-Nisa’ : 7 )

Apa khabar para pengunjung sekelian? Semoga semuanya dikurniakan kesihatan yang baik serta sentiasa di dalam perlindungan dan hidayah ALLAH SWT.

Saya ingin terus bertanya kepada anda satu soalan:
Apa itu Ilmu Faraid?

Faraid menurut syarak ialah bahagian yang ditetapkan oleh syarak kepada pewaris.

Manakala Ilmu Faraid dari segi syarak pula bermaksud pengetahuan mendalam mengenai harta pusaka serta ilmu matematik yang membolehkan kita mengetahui bahagian pusaka yang berhak diterima oleh orang-orang yang telah ditentukan syarak.

Menurut syariat Islam, hukum berkaitan pewarisan harta pusaka adalah wajib dilaksanakan menurut kaedah dan tatacara yang telah ditetapkan. Sebagai seorang Muslim, perkara ini suatu yang amat penting dan tidak boleh di pandang ringan. Apatah lagi, kebanyakan hukum-hukum berkaitan Faraid adalah disyariatkan menerusi Al-Quran.

Mungkin ada yang bertanya: Apa kesan dan akibatnya jika umat Islam tidak memahami atau mendalami Ilmu Faraid ini?

Lihat apa yang berlaku dalam realiti pengurusan harta pusaka umat Islam di negara kita pada masa kini yang telah menimbulkan begitu banyak masalah.

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku.” (Hadith riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.)

Sedarikah Anda? Terdapat lebih daripada 1 juta kes tuntutan harta pusaka tertunggak di Mahkamah dengan nilai komersil kini mencecah RM40 BILION yang mana 90% daripadanya merupakan harta orang Islam.

Maaf, kerana saya terpaksa mem’BESAR’ dan mewarna ‘MERAH’kan beberapa angka statistik di atas supaya kita sedar dan dapat mengambil perhatian serius mengenai apa yang sedang berlaku kepada harta umat Islam masakini!

Angka-angka di atas bukan omongan semata tetapi berdasarkan fakta merujuk kepada keratan-keratan akhbar berikut:

Sesungguhnya senario ini amat membimbangkan kita yang mana begitu banyak harta-harta umat Islam yang terbeku yang mengakibatkan ekonomi umat Islam tidak dapat dibangun dan dimajukan secara berkesan, malah terbiar begitu sahaja.

Pada saya, apa yang lebih membimbangkan kita daripada fakta ini ialah bersabit soal hukum faraid itu sendiri!

Dalam kes di atas, suatu yang sudah pasti ialah: Hukum Faraid tidak dilaksanakan sepertimana yang diperintahkan ALLAH SWT kepada kita sebagai hambaNYA!

Secara jelas, masalah ini timbul berpunca dari ketidakfahaman masyarakat Islam berkaitan pengurusan pewarisan harta pusaka termasuklah berkaitan Ilmu Faraid. Sekiranya umat Islam benar-benar memahami ilmu ini, tentu kita tidak akan membiarkan keadaan ini berlaku sehingga berjumlah begitu besar sekali.

Apa balasannya jika sesuatu hukum wajib itu tidak dilaksanakan? Hukumnya BERDOSA. Ya, hukum tidak melaksanakan suatu yang wajib adalah BERDOSA! Siapa yang berdosa? Bukankah ini satu persoalan yang cukup besar kesannya?

Itu tidak termasuk kes makan harta secara batil seperti makan harta amanah, harta anak yatim dan seumpanya iaitu makan harta yang bukan haknya! Berapa banyak juga kes perbalahan antara keluarga disebabkan berebut harta! Cuba lihat kes seperti di dalam akhbar ini:

Tuntutan Mempelajari Ilmu Faraid dan Mengajarkannya

Oleh sebab itulah, amat penting sekali umat Islam mempelajari Ilmu Faraid ini. Dalam hal ini, Rasulullah s.a.w. sendiri telah memberi peringatan kepada umat Islam agar tidak mengabaikan ilmu ini. Baginda bersabda:

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka.”

“Pelajarilah ilmu faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya aku akan mati, ilmu ini juga akan mati dan akan berlaku kacau-bilau. Sehingga apabila dua orang bertelingkah kerana harta pusaka, mereka tidak dapat menemui sesiapa yang boleh menyelesaikan kes mereka.”

(Hadith riwayat al-Hakim daripada Ibnu Mas’ud r.a.)

“Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku.”

(Hadith riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.)

FARAID: Ilmu yang dilupakan

Memang benarlah apa yang dikatakan oleh Nabi itu. Ilmu Faraid merupakan satu ilmu yang telah dilupakan oleh masyarakat Islam kita pada hari ini. Cuba kita tanya diri kita sendiri, adakah kita tahu ataupun mahir dengan Ilmu Faraid?

Berdasarkan pengalaman saya ketika mengadakan sesi perundingan dan ketika memberi ceramah, rata-rata kebanyakan mereka memang tidak mengetahui akan ilmu ini. Ada yang tak tahu langsung, ada yang tahu sedikit sahaja, ada juga yang pernah belajar tapi dah lupa. Dan kebanyakan mereka kata tak perlu ambil tahu sangat, bila perlu nanti boleh tanya saja para ustaz dan pak-pak imam.

Tapi sedarikah anda bahawa ramai juga ustaz-ustaz dan tuan-tuan imam yang tak tahu bab ilmu faraid ini. Bila ditanya, biasalah jawapan standard mereka: “Dulu ada belajar, tapi dah lupa.” Kalau tak percaya, cuba hari ini anda pergi ke masjid atau ke pejabat agama, rasanya tak ramai yang dapat memberikan jawapannya. Kalau tahu pun, seorang dua saja kat situ.

Bukan tujuan saya nak memperkecilkan mereka. Ini satu realiti @ kenyataan dan meyakinkan kita bahawa hadith Rasulullah s.a.w. itu memang benar dan dah pun menjadi suatu kenyataan! Faktanya: Ilmu Faraid dah dilupakan!

Jadi, apakah hukum mempelajari Ilmu Faraid? Hukumnya adalah:

i.  Fadhu Ain ke atas setiap individu Muslim yang mukallaf
ii.  Fardhu Kifayah kepada satu pihak yang lain, di mana jika tiada seorang pun yang
melaksanakannya, maka semua orang Islam akan menanggung dosanya.

Susah ke belajar Ilmu Faraid?

Ramai yang saya temui mengatakan belajar Ilmu Faraid ini susah. Banyak perkara yang nak dihafal, dan banyak angka-angka yang nak diingat. Dan yang paling mencabar dan paling ramai gagal ialah nak mengira sehingga dapat jawapan @ penyelesaiannya.

Sebenarnya, belajar Ilmu Faraid ini tak susah kalau kita tahu teknik dan caranya yang betul. Serupalah juga macam nak belajar ilmu-ilmu yang lain, contohnya nak menghafal sifir atau menyelesaikan kes-kes matematik. Kalau tahu teknik dan pendekatan yang mudah, semuanya akan jadi senang.

Contoh lain, anak-anak ketika belajar membaca atau mengaji. Kalau masa dulu, kita mengambil masa yang lama untuk dapat membaca atau mengaji. Tapi sekarang, dengan pelbagai teknik dan cara, dalam masa yang singkat sehari dua, dan ketika usia yang masih rendah dah lancar membaca dan mengaji. Bukan begitu?

Begitulah juga dengan belajar Ilmu Faraid ini. Kalau kita tahu kaedah dan teknik yang betul, dengan alat-alat bantuan yang bersesuaian, InsyaALLAH semuanya menjadi mudah!

Bagaimana caranya? Baca seterusnya…

KURSUS FARAID MELALUI KAEDAH AZ-ZAID (SECARA PRAKTIKAL)
UNTUK PERUNDING KEWANGAN ISLAM

Saya ingin memperkenalkan kepada anda mengenai satu kaedah yang saya temui hasil daripada pembelajaran, kajian dan pengalaman saya beberapa tahun dalam ilmu Faraid ini. Kini saya telah berjaya menghasilkan satu Modul Khas belajar ilmu faraid secara mudah, cepat dan praktikal yang mana telah terbukti berjaya dipelajari dengan mudah oleh pelajar-pelajar yang pernah saya ajarkan di dalam kursus faraid yang saya kendalikan.

 

TESTIMONI 1

hj_zul

Cr. Haji Zulkifli bin Md Saad
Perunding Eksekutif (PE053)

Cheras,  Kuala Lumpur

“Alhamdulillah, setelah mengikuti Kursus Faraid Kaedah ‘Az-Zaid’ ini, saya dapati ianya lebih mudah untuk difahami dan jelas mengenai asas-asas pengiraan dan pembahagian faraid dilaksanakan. Ini amat membantu saya dalam memberi penerangan kepada klien dalam proses penyedian dokumen pengurusan harta atau dokumen wasiat.

Adalah disarankan Kursus Faraid Kaedah ‘Az-Zaid’ ini diperluaskan kepada masyarakat umum agar ilmu Faraid ini dapat difahami serta dihayati secara menyeluruh oleh umat Islam. Terima kasih dan tahniah kepada pengurusan Warisan Mukmin yang telah mengambil inisiatif mengimarahkan Ilmu Faraid ini yang kian dilupai oleh masyarakat Islam kini. Didoakan usaha ini mendapat keberkatan serta rahmat Allah.”

Kaedah ini saya namakan “Kaedah Az-Zaid” mengambil sempena nama salah seorang sahabat Rasulullah yang pakar dalam bidang ilmu faraid iaitu Zaid bin Thabit. Rasulullah s.a.w. bersabda:

Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang paling arif tentang ilmu faraid ialah Zaid bin Thabit”
(Hadith riwayat Tarmizi, Ibnu Majah dan Ahmad)

Alhamdulillah juga, berdasarkan pengalaman saya mengajar ilmu faraid dengan menggunakan kaedah ini, ramai pelajar-pelajar saya yang berpuas hati dan telah dapat memahami dengan mudah apakah itu ilmu faraid, sehinggalah kepada mendapatkan jawapan dan penyelesaian kepada permasalahan faraid yang diberikan.

 

TESTIMONI 2

ZULFAKAR

Haji Zulfakar bin Rahmat
Perunding Eksekutif (PE104)
Klang, Selangor

“Mempelajari ilmu Faraid hukumnya fardhu kifayah, yang bererti hendaklah di antara kita yang mempelajarinya dan kalau semua orang meninggalkannya maka berdosalah kita semua.

Sebelum menghadiri kursus Faraid yang dianjurkan oleh Warisan MUKMIN Sdn Bhd ini, saya amat dhaif tentang ilmu berkaitan dengan pembahagian harta pusaka (faraid). Alhamdulillah, selepas mengikuti kursus tersebut serta latihan amal faraid mengikut kaedah Az-Zaid ini, saya kini bukan sahaja telah memahami asas-asas ilmu Faraid tetapi juga telah berkongsi ilmu tersebut dengan orang lain khususnya waris-waris yang menghadapi masalah pembahagian harta pusaka mereka.”

Malah, yang paling memberansangkan, ada di antara pelajar-pelajar saya, sebelum mengikuti kursus ini, tidak tahu apa-apa langsung (kosong dan zero) mengenai ilmu Faraid, tapi selepas ikuti kursus ini, alhamdulillah, bukan sahaja dapat menimbulkan minat mereka untuk mempelajari dan mendalami lebih lanjut mengenai ilmu faraid, tetapi yang lebih mengujakan mereka ialah, mereka dapat mempelajari ilmu faraid ini dalam masa yang begitu singkat (kursus sehari sahaja – sudah tentu menjimatkan masa mereka yang sentiasa sibuk sebagai perunding kewangan), malah mereka boleh memberikan khidmat perundingan faraid kepada para pelanggan mereka dan menyelesaikan permasalahan faraid yang dikemukakan kepada mereka.

 

TESTIMONI 3

matzahari

Mat Zahari bin Mohd Yassin
Perunding Eksekutif (PE082)
Wangsa Maju,  Kuala Lumpur

“Setelah menghadiri “Kursus Faraid Melalui Kaedah ‘Az-Zaid'” yang dikendalikan oleh Syarikat Warisan Mukmin Sdn Bhd, saya berasa lebih bersedia dan ‘confident’ untuk memberi penerangan tentang Wasiat dan Faraid. Kursus tersebut telah memperjelaskan dengan terperinci akan hukum-hukum pembahagian serta latihan pengiraan mengikut prosedur dan teknik yang cukup teratur.

Pihak Warisan Mukmin telah mencipta beberapa Carta yang mana dapat memberi gambaran yang jelas secara kreatif akan teori dan pembahagian mengikut Faraid.”

Di sini saya ingin berikan sedikit gambaran mengenai kursus ini sebagai panduan anda. Kursus ini dibahagikan kepada 2 sesi utama.

Sesi I: Prinsip Asas Ilmu Faraid Menurut Syariat Islam.

Biasanya, pada sesi ini saya bersama dengan salah seorang pakar faraid iaitu Dr Yusuf Ramli, yang juga merupakan salah seorang ahli panel Syariah Warisan MUKMIN Sdn Bhd, dan ahli panel Syariah Bank Islam Malaysia Berhad.

Sesi ini lebih menumpukan kepada sejarah, falsafah, prinsip-prinsip dan hukum-hakam yang berkaitan dengan ilmu Faraid dari perspektif syarak.

Sesi II: Kaedah Praktikal Pengiraan & Penyelesaian Masalah Faraid

Sesi ini akan dikendalikan oleh saya sendiri.

Para peserta akan diajar secara langkah demi langkah melalui modul yang disusun. Dalam proses ini, para pelajar akan dibekalkan dengan alat-alat bantuan bagi memudahkan pembelajaran seperti Gambarajah Carta Struktur Faraid, Jadual-Jadual Faraid bagi Waris Fardhu, Waris Ganti dan Waris Sisi, Jadual-Jadual Hijab bagi Lelaki dan Perempuan.

Bagi memudahkan proses pembelajaran, para pelajar akan diberikan banyak latihan-latihan secara praktikal melalui pelbagai kes yang disediakan untuk diselesaikan.

TESTIMONI 4

rohana_PE023

Rohana binti Wagio
Perunding Eksekutif (PE080)
Meru, Klang, Selangor

“Melalui Kursus Faraid saya dapat mempelajari kaedah penyelesaian pelbagai kes yang berkaitan hukum faraid dengan lebih mudah. Kursus ini baik sebab ianya banyak memberi penekanan kepada latihan praktikal untuk memantapkan pemahaman untuk menyelesaikan pelbagai jenis kes faraid menggunakan formula-formula dan jadual faraid yang senang untuk difahami.

Jika anda ingin mengetahui bagaimana menyelesaikan kes faraid dengan cepat dan pantas, kursus ini amat sesuai untuk anda.”

InsyaALLAH, kursus akan dikendalikan dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan. Tambah seronok lagi bila masing-masing dapat menyelesaikan kes-kes yang diberikan dengan jayanya!

Dengan ini, saya ingin menjemput tuan-tuan dan puan-puan sekelian yang berminat untuk mempelajari ilmu faraid untuk menghadiri kursus yang akan saya kendalikan seperti di bawah:

MAKLUMAT KURSUS

 KURSUS FARAID KAEDAH AZ-ZAID (SECARA PRAKTIKAL) UNTUK PERUNDING MUAMALAT ISLAM

TERBUKA UNTUK SEMUA

* RAKAN & AHLI WARISAN MUKMIN AMAT DIGALAKKAN

TEMPAT :
DEWAN SEMINAR AZ-ZAID,
WARISAN MUKMIN SDN BHD
SEKSYEN 9, SHAH ALAM, SELANGOR

TARIKH :

Akan ditentukan

MASA :
8.00 pagi – 5.30 petang

YURAN PENYERTAAN KURSUS:

RM230.00

ATURCARA PROGRAM

8.00 am – 8.30 am
Pendaftaran Peserta

8.30 am – 10.30 am
Sesi 1: Prinsip Asas Ilmu Faraid Menurut Syariat Islam

10.30 am – 11.00 am
Minum Pagi

11.00 am – 12.30 am
Sesi 2: Asas Pengiraan Faraid Kaedah Az-Zaid

12.30 pm – 2.00 pm
Makan Tengah Hari dan Solat Zohor

2.00 pm – 3.30 pm
Sesi 3: Latihan Penyelesaian Masalah Faraid (I)

3.30 pm – 4.00 pm
Minum Petang

4.00 pm – 4.45 pm
Sesi 4: Latihan Penyelesaian Masalah Faraid (II)

4.45 pm – 5.15 pm
Solat Asar

5.15 pm – 5.45 pm
Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil

5.45 pm
Tamat dan Bersurai

BAGAIMANA MENDAFTAR?

2 Cara Mendaftar:

Maklumkan kepada pegawai-pegawai kami melalui talian-talian berikut:
03-5512 5886; 03-5512 5887; 03-5511 6862
012-924 1160 (En Munim)
019-365 4161 (En Rosli)

Atau

ISI BORANG PENDAFTARAN KEHADIRAN

PEMBAYARAN:

Bayaran hendaklah dibuat terlebih dahulu
selewat-lewatnya pada hari………

Cara bayaran:
SILA KLIK DI SINI

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca hingga ke akhirnya.

Selamat berkursus kepada yang mendaftar.

JUMPA KITA SEMASA KURSUS NANTI.

Salam Hormat Dari Saya,

HAJI MOHD SAFRI BIN MAHAT, PPT, IFPTM
KETUA PEGAWAI EKSEKUTIF
WARISAN MUKMIN SDN BHD

Skip to toolbar