The Blog

FARAID: Ilmu dan Hukum Yang Terpinggir

[JANGAN AMBIL MUDAH]

FARAID: ILMU & HUKUM YANG TERPINGGIR & DIPINGGIRKAN OLEH UMAT ISLAM SENDIRI..

Sikap Ambil Mudah menyebabkan ramai umat Islam tidak melakukan perancangan dan persiapan sebagaimana dituntut oleh Allah dan Rasul sehingga berlaku pelbagai isu yang kritikal seperti harta beku berbillion ringgit, persengketaan waris, memakan harta anak yatim (mungkin juga telah bernilai berbillion ringgit), apatah lagi hukum faraid tidak dapat dilaksanakan akibat harta terbeku kerana tidak dapat diuruskan.

Ini satu kenyataan yang tidak boleh disangkal lagi!!

Hukum faraid kini dipinggirkan dan diperlekehkan sahaja oleh sebahagian besar daripada umat Islam kita. Tak ambil kisah.. Berapa ramai yang faham ilmu faraid dan berapa ramai yang tahu pembahagiannya? Sedangkan hukum pengiraan dan pembahagian ini adalah secara langsung datangnya daripada Allah melalui kalimah-kalimahNYA di dalam Al-Quran? Bukan nabi @ para sahabat @ para ulama’, tetapi langsung daripada ALLAH SWT!

Tahukah dan sedarkah kita, hukum Allah yang satu ini (hukum faraid) telah begitu lama terpinggir dalam masyarakat kita dan seolah-olah dinafikan kewujudannya!

Jika benar umat Islam prihatin mengenainya, mengapa begitu besar harta belum diuruskan untuk diberikan kepada ‘hak’nya?

Jika benar umat Islam berpegang teguh kepada hukum ini, mengapa masih ramai yang memakan hak orang lain termasuk memakan harta anak yatim?

Jika benar umat Islam merasai kepentingannya, mengapa masih ramai yang masih leka dan mengambil mudah untuk melakukan perancangan sewaktu hidup mereka yang kita tidak tahu bilakah penghujungnya?

Jika tidak penting, masakan Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Pelajarilah ilmu faraid kerana ia sebahagian daripada agama kamu dan ia adalah setengah daripada ilmu. Ia juga adalah ilmu yang pertama dicabut daripada umatku.”

Riwayat Ibnu Majah daripada Abu Hurairah r.a.

Maka di sini saya ingin menyeru kepada sesiapa yang membaca post ini, sila buat sesuatu, maksud saya membuat tindakan. Jika umat Islam, termasuk diri anda yang membaca post ini TIDAK MELAKUKAN TINDAKAN, percayalah.. senario ini akan terus menerus akan membesar dan membesar dan terusss membesar tanpa henti.. dan HUKUM FARAID TERUS DIPINGGIRKAN..

Sebab itulah, kami di Warisan MUKMIN kini mengadakan kempen [JANGAN AMBIL MUDAH].. isu-isu berkaitan pengurusan pewarisan @ harta pusaka ini. Ambil tahulah mengenai perkara ini.. mahu tidak mahu.. ianya adalah berkaitan dengan agama kita, hukum hakam agama ALLAH Yang Maha Suci.. Tolong Ambil Tahu.. dan tolong ambil tindakan..

APA YANG HARUS KITA BUAT?

Jika anda salah seorang yang benar-benar prihatin dan sayangkan hukum Allah ini agar terpelihara dan dapat dilaksanakan dengan lancar, berikut adalah perkara yang disarankan untuk dilakukan:

(1) Ambil peluang untuk BELAJAR ILMU FARAID (boleh layari: http://warisanmukmin.com/kursus-faraid-melalui-kaedah-az-zaid/)

(2) FAHAMI kepentingan ‘WASI, WISOYAH & WASIYYAH’ – terutamanya fahami betul-betul apakah itu “Wisoyah” dari sudut kepentingannya kepada perancangan pentadbiran harta pusaka agar lancar pengurusannya (boleh layari: http://warisanmukmin.com/kepentingan-dokumen-wasiat-komprehensif/)

(3) BERTINDAK untuk memiliki satu ‘Dokumen Wasiat Komprehensif’ yang merangkumi ketiga-tiga keperluan ‘Wasi, Wisoyah & Wasiyyah’. Kenapa langkah (3) ini penting? Ya.. ‘Tahu’ dan ‘Faham’ sahaja tak cukup untuk menyelesaikan permasalahan ini, kerana tiada gunanya ilmu jika tidak diamalkan.. masalah dan kesannya masih sama macam orang tak ada ilmu.. masalah terus membesar! Nak dapatkan khidmat penyediaan Dokumen Wasiat, DAPATKAN DI SINI

Anda di dalam kategori mana? JANGAN AMBIL MUDAH.. Bertindaklah sekarang!

Oleh itu, usah bimbang atau bertangguh lagi untuk menghubungi kami di Warisan Mukmin di talian hotline: 03-5512 5886 atau melayari portal kami di http://warisanmukmin.com untuk mendapatkan maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan.

Jika anda rasakan isu ini penting dan post ini berguna, sudi-sudikanlah untuk ‘share’ dengan rakan-rakan anda.

JANGAN AMBIL MUDAH!

Terima kasih.
Hj Mohd Safri Mahat
Perunding Kewangan Islam.

Lihat post di FB dan Share:

About Mohd Safri Mahat

Haji Mohd Safri Mahat adalah Pengasas @ Founder, Pengarah dan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Warisan MUKMIN Sdn Bhd (2005-kini). Melalui Warisan MUKMIN Sdn Bhd ini (WMSB), beliau mempelopori satu model perkhidmatan lengkap dan bersepadu dalam bidang Pengurusan Kewangan Peribadi berasaskan Syariah yang dikenali sebagai Model Muamalat Mukmin yang merangkumi 4 pelan utama (Pelan Muamalat 4P) iaitu pelan-pelan Pelaburan, Perlindungan, Penyucian dan Pewarisan. Berkelulusan sebagai Perunding Kewangan Islam (IFP - Islamic Financial Planner) daripada Financial Planning Association of Malaysia (FPAM) dalam tahun 2010. Beliau adalah merupakan salah seorang perintis kepada era baru pengurusan zakat di Malaysia (1990). Beliau telah mengasas dan menerajui Pusat Zakat Selangor (PZS) sebagai Pengurus Besar pada tahun 1995-2004 sehingga menjadi sebuah institusi yang tersohor dan disegani di negara ini di samping menjadi contoh di peringkat antarabangsa, sebelum mengasas dan mencurahkan segala pengalaman dan kepakaran beliau kepada Warisan Mukmin sejak 2005 sehingga kini.

Comments are closed.

Skip to toolbar